Tuesday, October 13, 2009

Penyebab dan akibat...

Salam...

hari ni nak tulis pasal
kecuaian org lain..org lain jadi mangsa

Pagi tadi masa pergi hospital nak jemput wife..
nampak ler lori yang bawa tong2 gas.
bukan lori tong gas dari syarikat pembekal berjenama tu..
lori tu selamat sbb memang khas bawa tong gas.
tapi lori biasa yg menyusun tong2 gas utk dihantar entah kemana..
nampak ler dibarisan tepi,tong2 gas ni dah senget
dan ada yang dah jatuh...

dalam hati bahaya sungguh!!!
tak sempat nak hon sbb lori membelok kearah lain...
apa pemandu dan penyuruh bawa tong2 gas tu tak fikir ker
keselamatan pengguna jalanraya lain????
apa jadi kalau tong gas tu jatuh tengah jalan
atau jatuh atas motorsikal atau kereta ???
pemandu lori pasti tak ada apa terjadi pada dia..
tapi apa terjadi pada penonggang motorsikal atau kereta tu???
benda2 seperti ni menyebabkan org yang
tak sepatutnya menerima kemalangan..menerimanya..

contoh2 lain...lori2 yang membawa sisa buangan besi buruk..
atau buangan hasil binaan..
ada sebahagiannya lori2 ni bukan fikir keselamatan org lain
isi sepenuh mungkin..besi2 terjulur keluar...
batu-bata pecahan dinding yg berlonggok tinggi dari bumbung lori.
mereka2 ni amat pandai mencari masa..
atau mereka memang dah ada yg tolong beritahu 'jalan clear'
sbb tak pernah nampak pihak berkuasa menahan mereka2 ni..
apa jadi kalau besi,batu2 tu jatuh atas jalan???
kebetulan motosikal langgar....
atau jatuh atas cermin depan kereta...pemandu kereta terkejut.....

ok tutup pasal barang yang dibawa..
tapi yg ni yg nak membawa..
ada lori2 yg jenis lama yg dindingnya papan...
aku tahu ler lori tu lori lama..
tapi kalau papan dinding dah reput..
ada tu dah patah..macam nak jatuh jer bila2 masa..
masih cergas membawa barang2...
tak tahu ler macamana lori ni masih lulus pemeriksaan "cik Puspa"
tak kan dlm masa periksa tak der 'ujikaji' papan tu ok lagi ker tak??
memang ler benda2 kecik ni tak der siapa ambil tahu..
kalau dah berlaku baru nak action...dah terlambat...

macam dulu2 ler kita sering dengar..
bila dah ada yg terbunuh....
"pemandu tersebut punya 8 saman tak bayar..
atau pemandu itu lesen memandunya dah mati 2 tahun"

jangan akan ada pulak ...
kemalangan yg meragut nyawa tu..
berpunca dari tong gas yg jatuh..
atau...
hasil buangan punca kemalangan 3 kereta...
dah terlambat...

aku amat berharap..
sama2 ler kita berfikir dan bertindak..
nak harap pihak berkuasa saja mungkin susah..
ambil no. plat lori2 ni ajukan pada no yg tertera di badan lori tu
kita tengok ada action ker tak...
sebab itu pun kira salah laku jugak kan...

ok..tu jer...

No comments: