Monday, October 5, 2009

kalau nak buat sendiri...

Salam...

Hari ni aku nak bagi info sikit...
Sebab semalam baru beli tapi baru pasang 1.
untuk rumah mertua aku.

info ni utk kawan2 yang nak masuk rumah baru..
yup..benda asas yg biasa kena pasang..
iaitu rel langsir..
tak der rel langsir yg baik x leh nak pasang langsir yg cantek..
tak kan nak main sangkut dgn paku jer kan..

Rel langsir ni boleh di beli di kedai hardware.
di tempat aku (seberang jaya,penang)
aku dapat harga 1kaki RM1.50
harga tu harga 1 set ya.
terdiri :
a)batang Aliminium(tengok ukuran contoh dibawah)
b)lock atau penutup kiri dan kanan
c)plastik roll (macam tayar tu)
d)pemegang rel langsir kedinding(biasa 2 saja.. tapi klu lebih 6kaki mintak 3)
e) screw

plug plastik, ni lain harga ,1 pek RM1

Bagaimana ukuran panjang rel tu?
untuk panjang rel yg idel bagi aku ler..
tingkap 1 daun = 2kaki 2 inci
tingkap 2 daun = 4kaki 2inci
tingkap 3 daun = 6kaki 2 inci
aku lebihkan 2 inci agar agak jelas lebihan dari kelebaran tingkap.
sebelum ni aku beli, ikut ukuran yg dibuat oleh abg birasku..
mengikut panjang genap 4 dan 6 kaki..
kurang panjang untuk menutup tingkap tu.
jadi aku galakan lebihkan 2inci..baru cantek dipandang.

ok rasanya itu barangan yg perlu di beli utk kerja
pemasangan rel langsir ni..
macam aku, aku memang ada  set drill
maka aku memang akan buat sendiri.

 mata drill beli jenis buat lubang ke konkrit ya,,
biasa warna nya putih/silver.
jangan beli mata drill biasa(hitam) tak jalan utk simen.

kerja menebuk lubang lak ya...
kalau rumah masih belum dibasuh..
tak payah fikir kebersihan..belasah saja..
aku punya cara...letak tinggi dalam 3 inci dari tingkap bahagian atas.
dan dlm 3~4 inci dari kiri dan kanan lebar tingkap.
maka tebuk ler lubang..dalamnya ikut panjang plug plastik.

tapi kalau rumah yg dah bersih..
jangan ler buat kotor balik..sbb debu simen ni memang mengotorkan..
bagaimana cara terbaik utk membuat kerja dlm kebersihan....
caranya...ambil kain buruk..basahkan..
masa nak tebuk lubang tu..letak kain ni bawah mata drill..(sehampir mungkin)
kemudian on ler suis...siap 1 lubang..basuh kain tu..ulang lagi..sampai ler siap semua.
kerja yg dilakukan pasti dalam kebersihan....

ok lubang dah siap..
pasang pemegang rel langsir kedinding guna screw .
jangan ketatkan screw tu lagi...pasang rel langsir..dah pasang baru ketatkan screw tu.
rasanya dah siap kerja pemasangan dan rel langsir siap sedia utk digunakan.

selamat mencuba dan selamat mencantekkan rumah.

No comments: