Monday, September 14, 2009

Cuba ya....

Salam...

Hampir seminggu jugak tak update blog ni..
tak der idea nak tulis...
nak tulis tazkirah..aku sendiri lupa yg ustaz cakap..
kira berhayal atau tertidoq kot..
ada yang panas2..tapi biar utk diri sendiri jer sbb melibatkan politik sikit2.

hari ni tulis 2 perkara pasal kereta...
mungkin ramai yg dah tahu dan amalkan..
tapi yg tak tahu lagi sila lakukan dan amalkan...

yang pertama...
nak tambah air bateri kalau kurang buat masa pagi2..
maksud pagi2, sebelum kita hidupkan injin..
jangan pergi kedai cina,
masa baru sampai tu terus mintak tambah air bateri tu.
cina senyum jer..sbb kalau buat selalu..
Bateri boleh tahan 3 tahun, tinggal 1 tahun jer jangka hayatnya...
Guna ler air bateri...jangan pakai air hujan atau air paip :)

periksa air bateri paling kurang sebulan sekali..
jangan ler sampai kering-kontang baru tambah..
nanti kena pulak tukar baru bateri tu...
lagi satu..selalu bersihkan bahagian sambungan wayer ke bateri tu,
kalau ada benda putih-putih(kesan oksida) tu ambil air panas..curah saja..
akan terhapus dengan mudahnya....
jangan pula ketuk dgn apa2 benda area tu..itu salah 1 cara merosakkan bateri..
ok selamat amalkan cara penjagaan bateri kereta ni..
InsyaAllah leh tahan lama bateri kereta kita.

yang kedua...sistem penyejuk radiator...
tak perlu sebenarnya guna cecair cooler utk elak karat dan tambah sejuk injin..
mudah saja...apa yg aku lakukan...buang air lama dlm radiator tu..
masukkan air bertapis atau air manerial..

apa hasilnya ???
kalau kereta proton...biasanya meter kepanasan injin naik separuh kan...
bila guna air bertapis ni..biasanya akan bawah dari keadaan biasa..injin lebih sejuk.

kereta jenama lain rasanya akan sama jugak resultnya..aku tak tahu ..sbb x pernah ada kereta jenama lain..
lagi 1 kelebihannya..kekaratan dapat dielakkan...
bila bukak penutup radiator..tak der ler nampak warna karat.
maka kebangkalian utk belaku kebocoran amat kurang..

ok..tu jer tip utk di cuba bersama...
aku tulis sebab aku dah amalkan..

sekian...

2 comments:

Led said...

tips yg amat berguna

zzainol said...

saya guna batery kering tak payah tambah air dah