Thursday, September 3, 2009

Melihat diri

Salam...

Hari ni nak tulis pasal isi-isi Tazkirah semalam :)

Menyusuk Kalbu mendengar ungkapan dari Ustaz tu.
Dia kata.....
Apa guna kita berpuasa,tapi aurat tak dijaga..Solat dibuat ikut suka..
Hukum Allah kita ambik separuh..tolak separuh..
Suruhan puasa semua org boleh buat tanpa bantahan...
kecik besar,tua muda semua mejalankan ibadah puasa tu dengan penuh keinsafan...
Tapi Solat... tutup aurat.. jauhi maksiat,jauhi kemungkaran...kenapa susah nak buat????
Adakah Suruhan Berpuasa itu datang dari Tuhan yang lain yang menyuruh bersolat 5 waktu?
bergitulah serba sedikit isi tazkirah beliau.

Tapi 1 intipati yg dibawah ni paling berkesan utk aku.

Ustaz kata:
"Kita boleh buat bohong,maksiat,dan apa2 saja kemungkaran kepada Allah"
TAPI kalau 5 perkara ni kita boleh lakukan:
1. Jangan Makan atau minum dari Nikmat yang di beri oleh Allah.
2. Jangan tinggal dibumi Allah ni.Carilah dunia lain selain di bumi ni.
3. Buatlah maksiat dan kemungkaran di tempat Allah tidak dapat melihatnya.
4. Mintak Malikat Maut menanggguhkan tugasnya ketika nak mengambil nyawa kita, Jadi kita boleh bertaubat.
5. Menolak atau membantah dari mengikut Malaikat ke Neraka,ketika di hari pembalasan nanti.

Kalau boleh lakukan 5 perkara tersebut..silalah lakukan kemungkaran...

Sebagai Manusia di bumi ni jangan kita sesekali sombong bila berkuasa,
kerana Allah lah yang paling berkuasa dalam segala hal.

Aku pun dah lupa perkataan yg tepat digunakan oleh Ustaz tu..
tapi lebih-kurang begitulah isi nyer...

Jadi renung-renungkan ler..
Yang Baik datang dari Allah,Salah-silap dari kesilapan aku.

sekian...

No comments: